ASNAF ZAKAT
ASNAF ZAKAT
: Iaitu orang-orang yang layak dan berhak menerima zakat, samada zakat
fitrah atau zakat harta. Mereka ini terdapat dalam firman Allah:
“Sesungguhnya
zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,
pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk
(memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan
untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang
diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (Q.S.
at-Taubah : 60)
Terdapat
8 Asnaf atau orang yang layak menerima zakat. Kumpulan ini samalah
dengan mereka yang berhak menerima Zakat Fitrah. Mereka itu ialah:
1. Orang fakir
: Iaitu orang yang tiada harta yang boleh mencukupkan keperluan
dirinya; keperluan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya,
seseorang itu memerlukan RM10.00 sehari tetapi dia hanya mampu
memperolehi RM3.00 sahaja.
2. Orang miskin :
Iaitu orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan
dirinya sahaja. Mereka yang tidak berkecukupan dalam perbelanjaan
penghidupannya dan masih dalam keadaan kekurangan. Mereka lebih baik
dari Fakir, sebagai contoh, jika sepatutnya mereka memerlukan RM10.00
sehari tetapi mereka hanya mampu memperolehi RM8.00 sahaja.
Menurut
pendapat yang paling sahih golongan fakir dan miskin ini hendaklah
diberi zakat agar mencukupi untuk mencukupi untuk sepanjang kehidupan
mereka menurut kebiasaan umur mereka.
Keperluan
perbelanjaan kahwin juga termasuk keperluan sebenar yang perlu diberi
perhatian ketika mengambil kira apa yang dimiliki dan apa yang
diperlukan.
3. Amil zakat :
Adalah orang yang bertugas mengurus pungutan dan pembahagian zakat yang
dilantik oleh pemerintah untuk mengumpul dan membahagikan zakat.
Kebiasaan yang ditemui dalam masyarakat ialah Imam Masjid, Bilal,
Pegawai-pegawai Agama dan seumpamanya. Mereka diberi upah dari harta
zakat berdasarkan kerja yang mereka lakukan. Tidak boleh ditambah lebih
dan tidak boleh dikira berdasarkan peratus tertentu daripada kutipan
hasil.
Ini
kerana tidak ada dalil yang mengharuskan mereka mengambil dari
peratusan harta zakat yang dikumpul. Mereka hanyalah orang-orang yang
diberi upah berdasarkan kerja mereka sahaja. Kalau dipersetujui RM 100
selama tempoh sebulan maka hanya itulah sahaja hak mereka.
4. Mualaf : Atau dari ayat sebenar ‘Mu’allafatu Qulubuhum’, iaitu orang-orang yang dijinakkan hati mereka kepada Islam.
a. Agar dengan memberi zakat itu akan menguatkan imam mereka yang baru memeluk Islam.
b. Agar dilihat oleh ahli keluarga mereka yang belum Islam dapat menarik mereka kepada Islam.
c.
Agar lebih cepat menarik hati-hati mereka yang lembut dari kalangan
orang kafir seperti berkawan, berjiran, bekerja bersama, berurusan
bersama dan seumpamanya untuk memeluk agama Islam.
Jika
mereka orang yang baru memeluk Islam (saudara baru). Mereka ini layak
menerima zakat dan fitrah selama mereka belum mampu menanggung diri
sendiri dan keluarga atau sehingga mereka mampu memberi zakat kepada
orang lain pula.
5. Ar-Riqab :
Hamba yang ingin memerdekakan dirinya. Hamba pada asal hukumnya adalah
‘Hamba Mukatab’ , iaitu hamba yang beraqad dengan tuannya untuk
membebaskan diri dengan membayar secara ansuran. Apabila cukup bayaran
mereka akan dibebaskan. Oleh itu zakat diberikan kepada mereka apabila
mereka tidak mampu menjelaskan bayaran ansuran ini.
Termasuk juga muslim yang memerlukan harta untuk melepaskan diri dari ditawan oleh orang-orang kafir.
6. Raaghimin :
Orang berhutang: Iaitu orang-orang yang berhutang dengan tujuan yang
baik. Mereka dibebani hutang yang tidak mampu membayarnya. Jadi
berikanlah kepadanya sebahagian harta yang membolehkan mereka menjelaskan hutangnya yang telah matang dan mencukupkan makanan, minuman dan pakaian.
Tidak
sah memberi zakat kepada orang yang berhutang kerana maksiat, seperti
berjudi, meminjam dengan along (ceti) dan sebagainya, kecuali mereka
telah diyakini betul-betul bertaubat.
Termasuk dalam kategori ini ialah mereka yang berhutang untuk
mengelakkan fitnah yang berlaku hasil daripada 2 orang yang bertelagah
(kerana hutang), lalu dia diberikan sejumlah wang dari harta zakat untuk
membayar hutang yang dilakukannya untuk tujuan tersebut, walaupun dia
seorang yang kaya raya, yang mampu melunaskan hutang itu dengan
hartanya.
Harus
bagi seorang isteri yang mempunyai harta memberi zakat kepada suaminya
yang menanggung bebanan hutang yang cukup matang dan tak mampu
dilunasinya sebagaimana janji. Ini bagi mengelak berlakunya fitnah
keatas keluarga tersebut.
Begitu
juga harus bagi seorang kawan membantu kawannya yang menghadapi bebanan
hutang yang tak mampu dibayar, walaupun sama taraf.
7. Fii Sabilillaah :
Orang yang berjuang pada jalan Allah s.w.t. Maksudnya ialah lelaki yang
berperang dan berjihad dengan sukarela untuk membela dan mempertahankan
Islam dan mereka tidak mendapat upah dan gaji daripada harta orang
Islam. Jadi diberikan zakat kepada mereka apa yang mencukupkan keperluan
mereka dan keluarga mereka yang ditinggalkan sehingga mereka kembali.
Walau selama mana mereka pergi dan walaupun mereka kaya raya (kecuali
jika mereka menolak). Harus juga diberikan kepadanya apa yang
membantunya untuk berjihad seperti pengangkutan diri dan barangannya,
peralatan perang dan ubat-ubatannya.
Ulama
akhir-akhir ini mengharuskan dan menjadikannya sebagai zakat ke atas
pemberian kepada pembinaan Masjid, surau, Sekolah, Dewan orang ramai dan
sumpamanya.
8. Ibnus Sabil
(anak-anak di jalanan): Iaitu mereka yang bermusafir dengan
berlandaskan syarak dan hendaklah yang diredhai Allah (terutamanya
terkandas), seperti pergi menuntut ilmu, pergi untuk membantu seseorang
yang dianiaya atau dizalimi, berpergian kerana bekerja mencari rezeki
untuk menyara hidup dan keluarga, bukan kerana berhibur, berkelahi,
membuat urusniaga yang haram dan sebagainya. Diharuskan juga membantu
mereka dengan zakat bagi mereka yang terkandas dalam perjalanannya
kerana melancong.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar